- Details
- Written by: admin
- Category: KORPORAT
- Read Time: 1 min
- Hits: 3650
Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Taiping atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping merupakan sebuah institusi Kemahiran TVET di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ADTEC JTM Kampus Taiping ditubuhkan pada 2009 dan memulakan operasi latihan kemahiran bermula 2012. Fungsi utama adalah melaksanakan program latihan sepenuh masa peringkat Diploma serta program latihan separuh masa untuk orang awam dan pekerja industri. Selain itu, khidmat nasihat teknikal juga disediakan kepada jabatan/agensi/peniaga melalui projek inovasi dan penyertaan pertandingan.
ADTEC JTM Kampus Taiping menawarkan pengajian peringkat Diploma kepada belia lepasan SPM dan SKM 3 dalam 7 bidang seperti berikut :
1. Teknologi Mikroelektronik
2. Teknologi Mekatronik
3. Teknologi Komputer (Sistem)
4. Teknologi Jaminan Kualiti
5. Teknologi Komposit
6. Teknologi Polimer
7. Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)


- Details
- Written by: admin
- Category: KORPORAT
- Read Time: 1 min
- Hits: 3406

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Saya mewakili warga ADTEC JTM Kampus Taiping mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami. ADTEC Taiping adalah singkatan nama kepada Advanced Technology College atau Kolej Teknologi Termaju yang merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Peranan utama ADTEC Taiping adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri Negara. ADTEC Taiping menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan graduan dari Institusi Latihan Kemahiran serta pekerja-pekerja dari industri kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang bertaraf tinggi. ADTEC Taiping juga menyediakan perkhidmatan latihan kemahiran yang sempurna di samping sistem peralatan yang canggih bagi menjayakan latihan dalam memenuhi keperluan industri di dalam negara.
Sehubungan itu, diharapkan segala informasi yang disediakan dapat membantu mengenali dan memahami peranan ADTEC Taiping dengan lebih mendalam bagi memastikan ADTEC kekal sebagai salah satu institusi kemahiran terulung di Malaysia. Dengan ini adalah diharap pengunjung terutama belia dan pihak industri yang melayari Laman Web ADTEC Taiping akan mendapat maklumat atau informasi terkini dengan lebih mudah dan pantas.
ADTEC Taiping akan terus mara dan ikhlas beristiqamah melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan kualiti insaniah, memperkasa organisasi setempat dan menyuburkan semangat muhibah di kalangan warga ADTEC dan masyarakat Malaysia amnya. Semoga segala usaha dan perjuangan murni ini akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sebarang pertanyaan dan cadangan yang membina amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.
Akhir kata, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Pengalaman mematangkan kita dalam membuat keputusan. Apa yang baik dan berjaya, perlulah kita teruskan dan sentiasa membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan. Sementara untuk yang gagal, perlulah diubah dan dijadikan teladan.
Sekian, terima kasih
Pengarah ADTEC Taiping
HJ. JAMIL BIN YAHYA A.M.P
Email:
- Details
- Written by: admin
- Category: KORPORAT
- Read Time: 1 min
- Hits: 6988
Visi, Misi & Objektif
VISI
UNTUK MENJADI INSTITUSI PENERAJU DALAM MEMBANGUNKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING
MISI
UNTUK MENGELUARKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING
OBJEKTIF
Objektif penubuhan ADTEC Taiping adalah untuk mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan disamping meningkatkan kualiti kemahiran tenaga mahir dalam sektor industri dan mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.









