05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

JTM INTERNATIONAL AI & ROBOTIC CARNIVAL 2026

 

AIROC’26 MERIAHKAN ADTEC JTM KAMPUS TAIPING DENGAN PELBAGAI PERTANDINGAN BERTEKNOLOGI TINGGI

JTM International AI & Robotic Carnival 2026 (AIROC'26) yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026 di ADTEC JTM Kampus Taiping telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, menghimpunkan penyertaan daripada pelajar, tenaga pengajar serta penggiat industri dari dalam dan luar negara.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik, di samping menjadi platform strategik bagi perkongsian ilmu, pemindahan teknologi serta jalinan kolaborasi antara institusi pendidikan dan pihak industri.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dianjurkan termasuk sesi seminar yang menampilkan pakar industri serta pertandingan berprestij seperti robot sumo, maze solving bagi kategori junior dan senior, robot soccer serta pertandingan reka cipta video dan poster berasaskan AI. Setiap pertandingan menonjolkan tahap kemahiran teknikal, kreativiti serta keupayaan penyelesaian masalah yang tinggi dalam kalangan peserta.

Karnival menyaksikan suasana pertandingan yang amat kompetitif dengan penyertaan aktif daripada pelbagai pasukan, termasuk penyertaan antarabangsa. Kecekapan peserta dalam mengendalikan robot serta membangunkan solusi berasaskan AI menjadi antara tarikan utama yang mencerminkan kesediaan generasi muda dalam mendepani cabaran teknologi masa hadapan.

Kemuncak AIROC’26 pada hari terakhir telah diserikan dengan perlawanan akhir bagi beberapa kategori utama serta majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut diberikan pengiktirafan khas kepada mentor terbaik sebagai menghargai peranan mereka dalam membimbing dan membangunkan potensi peserta. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato' Sivanesan Achalingam, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India Perak.

Penganjuran AIROC’26 berjaya sebagai platform pembangunan kompetensi, inovasi serta jaringan strategik dalam bidang AI dan robotik. Program ini juga selari dengan aspirasi negara dalam memperkasa Revolusi Industri 4.0 melalui pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

 
 
 
facebook