Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Taiping atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping merupakan sebuah institusi Kemahiran TVET di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ADTEC JTM Kampus Taiping ditubuhkan pada 2009 dan memulakan operasi latihan kemahiran bermula 2012. Fungsi utama adalah melaksanakan program latihan sepenuh masa peringkat Diploma serta program latihan separuh masa untuk orang awam dan pekerja industri. Selain itu, khidmat nasihat teknikal juga disediakan kepada jabatan/agensi/peniaga melalui projek inovasi dan penyertaan pertandingan.
ADTEC JTM Kampus Taiping menawarkan pengajian peringkat Diploma kepada belia lepasan SPM dan SKM 3 dalam 7 bidang seperti berikut :
1. Teknologi Mikroelektronik
2. Teknologi Mekatronik
3. Teknologi Komputer (Sistem)
4. Teknologi Jaminan Kualiti
5. Teknologi Komposit
6. Teknologi Polimer
7. Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)

