Lawatan MTCP 2025 Peserta Rantau Afrika ke ADTEC JTM Kampus Taiping
ย
6 Oktober 2025 | ADTEC JTM Kampus Taiping menerima kunjungan seramai 24 peserta dan pengiring Program Technical Cooperation Programme (MTCP) 2025 yang terlibat dalam kursus Talent Development Programme for TVET Institution melibatkan wakil 11 negara dari Benin, Lesotho, Cote D' Ivoire, Kenya, Malawi, Zambia, Cairo, Togo, Senegal, Somalia dan Sierra Leone.
ย
Lawatan antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan terbaik dalam pembangunan institusi TVET di Malaysia serta perkongsian pengalaman dalam pengurusan latihan berteknologi tinggi.
ย
Pertemuan bersama peserta diketuai oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping, Tn. Hj. Jamil bin Yahya, diiringi oleh wakil Bahagian Khidmat Sokongan Pekerjaan dan Masyarakat (CESS), Ts. Nik Mohd Azim Mohd Ghazali, yang turut berkongsi maklumat mengenai peranan ADTEC dalam melahirkan tenaga kerja mahir sejajar dengan aspirasi TVET global.
ย
Sebagai salah satu institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), ADTEC JTM Kampus Taiping menonjol dengan kemudahan berteknologi tinggi, tenaga pengajar berpengalaman, serta program latihan berorientasikan industri yang memenuhi keperluan pasaran kerja semasa, menjadikannya antara pusat kecemerlangan TVET terulung di Malaysia.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
ย