1 OGOS 2021 -
Tanggal 1 Ogos 2021 maka bermulalah Kempen Kibar Jalur Gemilang diseluruh negara termasuklah Negeri Perak yang melaksanakan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di 13 daerah secara serentak.
Bagi Daerah Larut Matang dan Selama, PPV ADTEC Taiping telah dipilih untuk menjadi lokasi sambutan bagi tahun ini sekali gus memperkenalkan Lokasi "Drive Thru" PPV ADTEC Taiping kepada umum.
Majlis Pelancaran yang ringkas telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama.
Turut hadir, YBhg. Ts. Tuan Haji Zulkifle bin Omar, Pengarah ADTEC Taiping, YBhg. Assisten Komisioner Tuan Osman bin Mamat, Ketua Polis Daerah Taiping, YBhg. Dr Asnida Ibrahim; Penyelaras PPD ADTEC Taiping, dan wakil-wakil jabatan yang terlibat.
Penyerahan Jalur Gemilang dan Merdeka Kit telah disampaikan kepada wakil-wakil jabatan yang terlibat dalam JK COVID-19 peringkat Daerah LMS serta wakil Sukarelawan MyVac yang turut telah menjayakan Program Imunisasi Negara di PPV ADTEC Taiping.
Edaran Merdeka Kit turut diserahkan kepada penerima vaksin Dos 2 di "Drive Thru" PPV ADTEC Taiping.
AYUH! Sama-sama kita menggelorakan semangat cintakan negara sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September bersempena Hari Malaysia. Dan 31 Ogos, sudah semestinya Hari Kebangsaan dan tahun ini kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 64!
Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.
 
βœ… π‘³π’Šπ’π’…π’–π’π’ˆ π‘«π’Šπ’“π’Š
βœ… π‘³π’Šπ’π’…π’–π’π’ˆ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚
βœ… π‘Ίπ’•π’‚π’š 𝑺𝒂𝒇𝒆 π‘Ίπ’•π’‚π’š π‘―π’π’Žπ’†
βœ… π‘Ίπ’•π’‚π’š π‘―π’†π’‚π’π’•π’‰π’š
βœ… π‘©π’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚ π‘·π’–π’•π’–π’”π’Œπ’‚π’ π‘Ήπ’‚π’π’•π’‚π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝑢𝑽𝑰𝑫-19
Grafik : BPSM, ADTEC Taiping.
Foto : Kakitangan ADTEC Taiping.
Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama
 
 
kibar1 

 

kibar2

kibar3

FaLang translation system by Faboba