BEKAS PELAJAR ILJTM:
Pautan ke Buku Inspirasi Alumni JTM
https://www.jtm.gov.my/2015v3/images/BPP/BUKU_INSPIRASI_ALUMNI.pdf
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2023

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Diploma Di ADTEC Taiping, Perak.
Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik
Syarat Khas Kursus Kemasukan
Memiliki SPM dengan:
(a) Lulus Bahasa Melayu;
(b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
(c) Lulus Sejarah ; dan
(d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
Tempoh Kursus
36 Bulan ( 3 Tahun) : 2 Tahun 6 Bulan (Latihan di ADTEC) & 6 Bulan (Latihan Industri)
Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
🔬 Diploma Teknologi Polimer
Syarat Khas Kursus Kemasukan
1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan
2. Memiliki SKM Tahap 3 bidang berkaitan.
Tempoh Kursus
18 Bulan ( 1 Tahun 6 Bulan) : 1 Tahun (Latihan di ADTEC) & 6 Bulan (Latihan Industri)
📌 📝PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING
Klik di pautan >> shorturl.at/gY059
Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 05-8012600
Calon yang berjaya
Pendaftaran Kemasukan ke ADTEC Taiping pada 7 Februari 2023 (Selasa)* .
Kemudahan Yang Disediakan
🏫 Asrama disediakan sepanjang pengajian.
🍝 Makan/minum PERCUMA bagi yang menginap di asrama.
💰 Pinjaman PTPK disediakan.
🦽 Bagi pelajar OKU : Yuran Pengajian, Penginapan & Makan Minum PERCUMA serta Elaun Bulanan RM300