Pengumuman

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI(ADTEC) TAIPING adalah salah sebuah institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Diploma kepada para pelajar lepasan SPM dan SKM.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA


KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS AIR COOLED PACKAGE UNIT (ACPU) DAN AKSESORI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MAKMAL FABRICATION CLEANROON DAN MAKMAL PACKAGING MIKROELEKTRONIK ADTEC TAIPING;

Tarikh dan Masa taklimat serta lawatan tapak : 20 MEI 2024( ISNIN),  9.00pagi.

 

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING, PERAK
klik di pautan >> https://sites.google.com/adtectaiping.edu.my/bppl-adtec-taiping/home

Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2/2024

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik
🔬 Diploma Teknologi Polimer

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
🔬 Diploma Teknologi Polimer
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik

Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi @ Whatsapp Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 05-8012600

TARIKH PENDAFTARAN LAPOR DIRI PADA 22 JULAI 2024 (ISNIN)

Kemudahan Yang Disediakan
🏫 Asrama disediakan.
🍝 Makan/minum PERCUMA bagi yang menginap di asrama.
💰 Pinjaman PTPK disediakan

 

 

eKJP (KURSUS JANGKA PENDEK)

 
 
 

HUBUNGI KAMI:

Telefon :  05-8012600/05-8012601

Email    : adtectaiping@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SERAMIK
 
Sukatan latihan untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan Seramik dibangunkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi peringkat Diploma Teknologi dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS), MT-020-4 Advanced Ceramics Technical Administration bagi Diploma Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 Terdapat 4 teras pembelajaran dalam bidang Teknologi Bahan Termaju (Seramik) yang berasaskan pengetahuan & kemahiran yang merangkumi seperti berikut:

1. Konsep Bahan Mentah Berasaskan Seramik

i. Bahan Mentah Seramik (Konvensional): Lempung seperti kaolin, tanahliat bebola, , Silika seperti kuartza & Fluks seperti feldspar dan neflin sianit.

ii. Bahan Seramik Termaju: Seramik Oksida seperti alumina (Al2O3), titania (TiO2), zirkonia (ZrO2), silika (SiO2), yttria (Y2O3); Seramik Nitrida seperti boron nitrida, silikon nitrida (Si3N4); seramik karbida seperti silikon karbida (SiC).

 

2. Teknologi Pemprosesan & Fabrikasi

i. Tuangan slip, pembentukkan plastik (penjelukkan & penjorongan) , pembentukkan serbuk (sembur kering), penekanan serbuk.

ii. Silk screen printing.

iii. Pembuatan licau.

 

3. Rekabentuk Produk & Acuan (Manual & berbantukan komputer)

i. Technical drawing (manual).

ii. AutoCAD.

iii. Solidwork.

 

4. Pengujian & Analisa Bahan

i. Ujian mekanikal.

ii. Pencirian Bahan.

 

FaLang translation system by Faboba