KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID (SUKSES)

 

Pada 19 dan 20 Ogos 2025,  ADTEC JTM Kampus Taiping menjadi tuan rumah penganjuran Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES 4.0) Peringkat Negeri Perak. SUKSES 4.0 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan(MGKK) di 15 negeri seluruh negara. Program ini bertujuan untuk memperkasakan pendidikan kerjaya murid dan hala tuju laluan pendidikan tinggi.
Penganjuran SUKSES 4.0 ini juga bertujuan untuk mempromosikan dan menyebarluaskan maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi dan TVET yang ditawarkan oleh semua institusi pendidikan tinggi awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan institusi TVET kepada masyarakat setempat khususnya para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang berkonsepkan 'one stop center'.
 
Kawasan yang terlibat ialah sesi penerangan dan pendedahan maklumat di Dewan Besar dan lobi terbuka, sesi lawatan ke bengkel-bengkel, sesi taklimat di DKU dan lain-lain aktiviti menarik di sebelah bangunan pentadbiran.
 

 

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba