Seminar Industri Semikonduktor

 

Pada 22 Julai 2025, Dewan Dato Maharaja Lela, ADTEC JTM Kampus Taiping menjadi pentas penganjuran Seminar Industri Semikonduktor anjuran Semiconductor Technology Academy Center (STAC), menghimpunkan para pemain industri dan pelajar dalam usaha memperkukuh pengetahuan serta kesiapsiagaan tenaga kerja masa depan dalam sektor strategik ini.
Seminar ini mengetengahkan dua tokoh penting dalam bidang semikonduktor, iaitu Mr. Azhar Nayan, Chief Transformation Officer, Academy for Competency and Excellence, dan Mr. Noorazidi bin Che Azib, Deputy Vice President, Inari Technology Sdn. Bhd., yang berkongsi pandangan serta cabaran semasa industri berteknologi tinggi ini.
Program yang turut disertai oleh wakil-wakil industri dan pelajar dari institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia ini telah melakar satu jaringan kolaborasi yang erat antara sektor latihan dan industri.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, yang dalam ucapannya menegaskan kepentingan memperkasakan kompetensi teknikal dalam kalangan belia bagi menyokong ekosistem industri semikonduktor negara yang sedang berkembang pesat.

 

 

 

FaLang translation system by Faboba