Pengumuman

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI(ADTEC) TAIPING adalah salah sebuah institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Diploma kepada para pelajar lepasan SPM dan SKM.

 

TAWARAN SEBUT HARGA

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

ADTEC Taiping mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Moga kita semua memperolehi hikmah berpuasa yang sebenar dan mencapai tingkatan iman serta amal.

 

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING, PERAK
klik di pautan >> https://sites.google.com/adtectaiping.edu.my/bppl-adtec-taiping/home

Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2/2024

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik
🔬 Diploma Teknologi Polimer

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
🔬 Diploma Teknologi Polimer
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik

Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi @ Whatsapp Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 05-8012600

TARIKH PENDAFTARAN LAPOR DIRI PADA 22 JULAI 2024 (ISNIN)

Kemudahan Yang Disediakan
🏫 Asrama disediakan.
🍝 Makan/minum PERCUMA bagi yang menginap di asrama.
💰 Pinjaman PTPK disediakan

 

 

eKJP (KURSUS JANGKA PENDEK)

 
 
 

HUBUNGI KAMI:

Telefon :  05-8012600/05-8012601

Email    : adtectaiping@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi komputer sistem. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.

Di penghujung kursus, graduan mesti boleh menyediakan keperluan pengguna, keperluan  rangkaian, keperluan kemudahan  dan keperluan sumber manusia menggunakan peralatan, bahan dan kaedah yang bersesuaian. Graduan juga boleh melaksanakan kerja-kerja konfigurasi, menguji, memulih, menyelenggara dan menaiktaraf sistem komputer. Selain itu, ia juga menekankan aspek dokumentasi teknikal dalam pengurusan projek berkaitan komputer sistem


KELAYAKAN MASUK:

Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 45 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf  dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa serta


KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori 

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa selama 3 tahun

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komputer sistem. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer. 
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan ,perisian multimedia dan laman web.Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

KEMUDAHAN LATIHAN

Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. Antara kemudahan makmal yang disediakan adalah  makmal Programming, makmal Database, makmal Perkakasan, makmal Perisian  Bilik Server dan lain-lain.

FaLang translation system by Faboba