Pengumuman

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI(ADTEC) TAIPING adalah salah sebuah institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Diploma kepada para pelajar lepasan SPM dan SKM.

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

ADTEC Taiping mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Moga kita semua memperolehi hikmah berpuasa yang sebenar dan mencapai tingkatan iman serta amal.

 

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING, PERAK
klik di pautan >> https://sites.google.com/adtectaiping.edu.my/bppl-adtec-taiping/home

Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2/2024

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik
🔬 Diploma Teknologi Polimer

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
🔬 Diploma Teknologi Polimer
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik

Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi @ Whatsapp Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 05-8012600

TARIKH PENDAFTARAN LAPOR DIRI PADA 22 JULAI 2024 (ISNIN)

Kemudahan Yang Disediakan
🏫 Asrama disediakan.
🍝 Makan/minum PERCUMA bagi yang menginap di asrama.
💰 Pinjaman PTPK disediakan

 

 

eKJP (KURSUS JANGKA PENDEK)

 
 
 

HUBUNGI KAMI:

Telefon :  05-8012600/05-8012601

Email    : adtectaiping@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK


Kursus Mekatronik adalah gabungan daripada Teknologi Elektronik dan Mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas. Objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektro‐hidraulik, pneumatik dan elektro‐pneumatik, sistem elektrik dan elektronik, sistem automasi dan sistem robotik. Pelajar juga akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.

FaLang translation system by Faboba